Pages

Powered By Blogger

Tuesday, May 25, 2010

OCD tu apa?

OCD? Apa tu? intro: Kalau disebut penyakit was-was, mesti ramai yang tahu, kan?. Jargon macam OCD ni buat tergeliat sikit nak disebut. Obsessive Compulsive Disorder, itulah nama penuhnya. Artikel di bawah pernah diterbitkan dalam Dara.com isu 2007 kalau tak silap. Sedikit perkongsian bagi sesiapa yang sudi :) Kenali Apa Itu OCD

Penyakit kecelaruan mental dan jiwa atau psikiatri sering disalahanggap oleh masyarakat. Seolah-olah ada stigma atau tanggapan songsang yang sudah lama tertanam di minda kebanyakan orang yang menganggap penghidapnya sebagai orang tidak mendapat tempat dalam lingkungan sosial orang-orang normal. Sebaliknya penyakit psikiatri bukanlah sehodoh yang disangkakan, malahan jenis-jenis penyakitnya bukan tertumpu kepada penyakit ‘gila’ sahaja, seperti yang difahami oleh orang awam.

Bersambung di sini...

Sunday, April 19, 2009

Post Sulung!

Akhirnya! Aku dah ada blog sendiri... yoohoo!

Untuk post sulung, aku nak cerita sket pasal novel sulung kawan aku, Tawanan Mimpi. Apa yang signifikannya pasal novel keluaran PTS One ni? Sebab aku happy sangat-sangat untuk Kak Mas yang telah mendahului aku dengan novel tulisannya sendiri. Tak sangka kakak kartunis ni boleh hasilkan sebuah buku yang... "boleh tahan la Kak Mas! Saya pun tak boleh nak karang sebuah macam ni," huhuhu...

Tak apa! Aku akan jadikan 'rasa tercabar' ni sebagai cabaran untuk aku buat buku jugak. Malu ooo kerja aku memang cari makan dengan menulis tapi tak mampu nak mengarang ayat untuk buku pun.

Ok cukup membebel. Aku nak mula baca Tawanan Mimpi. Jeng jeng jeng...